Tempahan
Terma & Syarat

HubKeretaSewa.com – ZNR Creative Resources merupakan syarikat berdaftar GM Hub di bawah naungan syarikat GoGreenMatrix Sdn Bhd.
Perkhidmatan Kereta Sewa kami ini berhubung di setiap negeri di Malaysia. Jadi,tidak kira walau dimana jua anda berada kami sedia membantu dan memberikan perkhidmatan yang terbaik buat pelanggan kami di seluruh negeri.
Terma & Syarat
- Umur minima bagi pemandu adalah 21 Tahun.
- Setiap pemandu wajib mempunyai Lesen Memandu Malaysia Kelas D Full yang sah dan Terkini.
- Pemandu Dilarang Sama Sekali Daripada Melakukan Sebarang Kegiatan Jenayah atau melanggar Undang-Undang Kerajaan Malaysia. Laporan Polis akan dibuat jika Ingkar.
- Sebarang Kerosakan atau Kecacatan yang terdapat pada sebarang bahagian dalaman dan luaran kenderaan yang disewa semasa di dalam tempoh sewaan akan dikenakan Caj RM50.00(minimum) – RM2,500.00(maksimum) kepada penyewa. Syarikat tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang kepada penyewa yang Ingkar dan laporan Polis akan dibuat.
- Penyewa tidak dibenarkan sama sekali Menukar atau Mengambil Sebarang Alat Ganti Kereta yang disewa. Laporan polis akan dibuat jika Ingkar.
- Sebarang Saman atau Kompaun Daripada Pihak Berkuasa adalah Tanggungjawab Pemandu sepanjang tempoh sewaaan berjalan.
- Syarikat Tidak Menyediakan Tempoh Sewaan Mengikut Jam dan Separuh Hari.
- Tempoh sewaan Minima adalah Satu(1) Hari bagi kegunaan di dalam Lembah Klang.
- Tempoh sewaan Minima adalah Dua(2) Hari bagi kegunaan luar Lembah Klang.
- Waktu Pejabat 9.00am – 10.00pm. Sebarang urusan membabitkan pengambilan kereta dan penghantaran kereta hanya dilakukan pada waktu pejabat sahaja.
- Sebarang tempahan kereta perlu disertakan dengan Deposit minima RM100.00 atau nilai 1 hari sewaan.
- Syarikat hanya akan membuat ‘Reservation’ kereta setelah menerima Deposit sahaja.
- Sebarang Pembatalan Tempahan akan menyebabkan Deposit anda hangus.
- Setiap Deposit yang diterima daripada pelanggan akan Dikembalikan dalam masa Empat(4) hari bermula dari tarikh pemulangan kereta.
- Tiada sebarang perubahan tempoh sewa boleh dibuat sepanjang sewaan berjalan. Pelanggan boleh memilih tempoh sewaan baru selepas sewaan semasa tamat.
- Caj Penghantaran akan dikenakan mengikut jarak dari pejabat pengurusan.
- Lain-lain terma dan syarat yang difikirkan perlu oleh pihak syarikat Tanpa Sebarang Notis.
Penghantaran Kereta
Terma & syarat penghantaran kereta adalah seperti yang berkenaan:
- Penghantaran disediakan pada 9.00am – 3.00pm sahaja.
- Perkhidmatan penghantaran kereta ini bergantung kepada jadual runner. Sila buat tempahan awal jika anda memerlukan perkhidmatan penghantaran ini sekurang-kurangnya tiga(3) hari dari tarikh tempahan.
- Bayaran caj penghantaran RM10.00 + RM2.00/km dikenakan dan tambahan jika ada bayaran Tol.
- Caj penghantaran kereta ini perlu dibuat bersama dengan bayaran sewa semasa tempahan berjaya dilakukan.
Tempoh Sewaan
Anda disarankan memilih pakej tempahan yang bersesuaian:
- Harian
- Mingguan
- Bulanan
- Tahunan

601123029500
ZNR Creative Resouces
admin
Untuk ‘Fast Response’ sila whatsapp atau call kami melalui ‘button’ di atas
